Wednesday, November 13, 2019

Sambal Lada Kering... Just Because It's Wednesday

Hari ini hari Rabu. Hari yang bermakna kerana saya akan teringat memori silam ketika masih budak hingusan dan berada di sekolah rendah. Ada saturang cikgu saya ni pernah cakap bahawa hari Ahad (Sunday) adalah hari menyembah matahari. Hari Rabu (Wednesday) pula hari untuk berkahwin sebab dari perkataan (Wed)nesday tu sendiri. Tidak taula kenapa zaman-zaman saya tu, kebanyakan orang di tempat saya memang kahwin hari Rabu. Mungkin kebetulan mangkali. Sekarang tidak sudahla. Orang lebih memilih untuk kahwin pada hujung minggu sebab cuti lagipun kebanyakan orang sekarang bukan lagi kerja kampung-kampung. Menurut si cikgu, Hari Sabtu (Saturday) pula hari Sabbath, so sepatutnya pergi sembahyang (Gereja) pada hari tersebut. Bah, sudah namanya budak-budak kan. Jadi, saya ni percaya saja la apa yang cikgu cakap tu. Tapi bila sudah besar dan boleh berfikir sendiri, saya anggap saja si cikgu bergurau. Tapi seriously, benda ni melekat dalam otak saya sampai sekarang. Haha. Maka dengan cerita yang tiada kaitan ni, saya mau share resepi sambal lada kering. Semalam saya masak ni sambal. Adik bilang sedap. Betul la mangkali. Sebab bila dia mau makan, mesti ambil ni sambal. Saya pun ada sedikit bangga di situ. Sebab itula saya dengan tidak malunya penuh rasa confident saja mau up ni resepi. Siou, mokirayou pula.

*Ini tips saya selepas beberapa kali bereksperimen membuat sambal:

1. Jenis cili kering - kalau licin berkilat dan bentuk panjang-panjang maksudnya memang cili tu pedas. Kalau bentuk cili tu gemuk pendek, tahap kepedasan dia biasa-biasa saja. Paling low power, paling sesuai kalau mau buat sambal untuk budak-budak. Kalau 'kurudot' atau kerinting tahap kepedasan sederhana. Jadi terpulang la mau pilih yang mana satu sama ada mau kepedasan level 'terangkat' atau 'terduduk'.

2. Letak gula melaka semasa menumis sambal untuk rasa lemak-lemak.

3. Blender bahan-bahan dengan menggunakan minyak.

4. Minyak mesti mau banyak untuk memudahkan urusan tumis-menumis. Sambal saya ni memang tidak tambah air supaya tahan lama.

5. Letak gula semasa menumis supaya warna sambal cantik.

6. Sambal yang sedap mesti mencukupi rasa manis, masin dan masamnya. (Ini pandai-pandailah adjust gula/garam/asam jawa). Kalau ikut citarasa saya, semestinya sambal yang rasa manis tu yang paling sedap.

Sambal Lada Kering

Bahan-bahan:

Cili kering
Bawang besar
Bawang holland
Halia - 1½ inci
Gula melaka
Pes asam jawa
Gula
Garam
Minyak

Cara-caranya:

1. Potong cili kering dan buang bijinya. Rendam seketika dalam air supaya biji-biji cili mendap ke dasar. (Eh macam pelik pula ni ayat). Seterusnya, toskan air untuk membuang biji-biji cili.
2. Didihkan cili-cili tersebut sampai lembut dan toskan.
3. Masukkan sedikit minyak ke dalam blender dan masukkan bahan-bahan seperti bawang besar, bawang holland, halia dan cili kering yang sudah ditoskan tadi. Lepas tu, baru kasi masuk balik minyak ikut kesesuaian (agak-agak dapat memblender dengan lancar). Kalau saya letak agak banyak minyak juga tapi tidaklah sampai tenggelam semua.
4. Blender la bahan-bahan tadi dengan penuh kasih sayang.
5. Kemudian, panaskan kuali dan masukkan terus bahan-bahan yang diblender tadi ke dalam kuali.
6. Tumis sampai terbit minyak. (Masa menumis, mesti mau campin kawal api ya kawan-kawan)
7. Masukkan sedikit pes asam jawa. Teruskan menumis.
8. Seterusnya, parut gula melaka, tumis lagi dan masukkan gula.
9. Agak-agak warna sambal sudah cantik, baru masukkan garam. Pandai-pandailah adjust dia punya rasa sebelum tutup api.
10. Hidangkan dengan nasi panas-panas. Confirm nasi bertambah-tambah.

Optional:
*Untuk rasa sambal yang lebih mewah, boleh juga letak ikan bilis/udang kering.
Cara-caranya, goreng dulu ikan bilis lepas tu blender. Boleh campur terus dalam sambal masa menumis nanti. Seriously, memang sedap. Kalau tidak mau blender pun ok. Makan sama-sama sambal saja masa mau makan nanti.
*Yang ada masalah gout, jangan sekali-kali letak bilis ya. Sebab ikan bilis very high purine. Nanti GDL (Gout datang lagi) pula. Melainkan anda sudah lupa dan merindui sakit kena gout. Hehe.

Proses mendidihkan cili-cili

Sambal cili kering yang sudah siap ditumis

Petai

Ikan bilis garing

Makan dengan nasi panas-panas. Walaupun simple, terpaksa juga menambah nasi dan sambal lagi. Rosak diet I.



1 comment:

  1. A participant could use accrued free spins in place of 카지노사이트 the charge for any of the spins

    ReplyDelete