Saturday, November 16, 2019

Majlis Jamuan Akhir Tahun SMKPO 2019

Biasa berkongsi pasal resepi saja. Hari ni saya mau cerita sedikit tentang event hari ini iaitu Majlis Jamuan Akhir Tahun 2019. Majlis ni sebenarnya merupakan acara wajib untuk sekolah kami. Tahun ni majlis diadakan di Hotel Ming Garden Kota Kinabalu dengan tema Hitam Merah. Tapi saya tidak berapa ikut tema. Saya anggap saja la merah jambu pun termasuk dalam kategori warna merah. Hantam saja. Hehe. Solo-solo saja saya tahun ni, tapi wajib bawa driver la untuk hantar pergi dan balik. Pandai-pandai la dia nanti melepak di mana. Bertolak dari Sipitang ngam-ngam jam 6.30 pagi. Kesian anak dua orang tu nangis-nangis mau ikut. Si baby pun macam faham saja mummy daddy dia mau jalan. Rasa mau bawa pun ada tapi malas mau atur nanti. Lagipun si Jordan tidak berapa sihat. Sakit perut, lepas makan sikit, muntah. Nanti confirm banyak ragam. Perjalanan dari Sipitang ke Kota Kinabalu sebenarnya tidak juga mengambil masa yang lama. Dalam dua jam sampai la. Tapi ikut juga keadaan trafik. Memandangkan jalan Pan Borneo masih dalam pembinaan, banyaklah lubang sana sini. Banyak sudah kes kemalangan berlaku. Jadi, kena lebih banyak berhati-hati. Mana boleh rempit-rempit macam dulu.  Dalam perjalanan, kami singgah dulu di Restoran Liang Yun Hwa, Papar untuk sarapan. Restoran ni terletak di simpang jalan dekat lampu trafik. Plan asal konon mau order mee kolok sarawak tapi uncle yang jual tu tiada pula hari ni. Terpaksa ikut macam yang laki order. Laki memang peminat Kolomen. Walaupun harga agak mahal dalam RM8.00, tapi tidak menyesal juga sebab rasanya sedap. Memang puas hati makan. 

Dengan driver aka mr laki

Lepas sarapan, sambung perjalanan. Dalam jam 9.20 pagi sampai sudah di Hotel Ming Garden. Syukur betul sebab jalan tidak sibuk. Sampai-sampai, terus register di meja pendaftaran. Ada door gift yo. Ingatkan saya termasuk dalam kategori datang lewat. Rupa-rupanya antara yang terawal sebab masih banyak meja yang kosong. Selepas duduk tu, baru nampak tetamu datang satu persatu. Oopss! Salah meja pula. Terpaksa pindah meja yang sepatutnya. Haha. Bukan salah saya ya. Pengarah yang tunjukkan meja tu. Kebetulan pula, meja belum lagi kena letak nombor.

Menu lunch

Suasana di dalam ballroom (time ni duduk di meja no. 12)

Doorgift (I love it)

Ini di meja yang betul sudah (meja no. 9)

Tadaaa... Bergambar solo dulu

Akhirnya, datang juga kawan-kawan untuk bergambar. See, baju saya tidak berapa ikut tema. Tapi bukan saya saturang.

Terima kasih kak... Marcella vs Precylla

Dapat cabutan bertuah Tupperware sumbangan Kak Precylla. Mummy sangat suka.

Sempat keluar ke lobi sekejap berjumpa dengan Mr Wilson untuk penyerahan buku polisi. 

Acara tamat kira-kira jam 1.30 ptg dan lebih awal daripada jangkaan. Maka dengan itu, tanpa membuang masa, kami terus balik ke Sipitang tanpa singgah di mana-mana. Pendek kata, majlis jamuan akhir tahun ni berjalan dengan lancar dan saya puas hati. Makan puas hati (Ekor masak asam pedas tu sedap!), hadiah pun grand-grand. Untung Pn Adorabelle sebab dapat hadiah utama iaitu TV! 


Oh, by the way, baju yang saya pakai tu namanya Kurung Kedah Kimono dan skirt pario. 



Friday, November 15, 2019

Chicken Feet Stock (CFS) / Stok Kaki Ayam

Cara penyediaan stok kaki ayam sebenarnya sangat mudah. Lagipun bahan-bahan yang digunakan adalah bahan asas dan mudah didapati. Memang rugi kalau tidak cuba. Chicken feet broth/stock merupakan 'super food' kata orang puteh. Maksudnya, makanan yang sangat tinggi kandungan nutrisinya. Baik, sebelum berkongsi resepi, saya mulakan dulu dengan berkongsi kebaikan/khasiat chicken feet. Kaki ayam tinggi dengan kandungan kalsium. Penyelidikan yang dilakukan oleh Department of Animal Science of National Chung-Hsing University di Taiwan menunjukkan bahawa kaki ayam mengandungi banyak kolagen. Kita perempuan gorgeous memang sedia maklum bahawa kolagen ni merupakan komponen penting untuk kulit yang kelihatan awet muda. Sudahlah memang kebanyakan suplemen kolagen mahal. Jadi, kenapa perlu bayar lebih jika ada alternatif lain yang lebih murah? Real food is the best. Lagipun, pengambilan suplemen belum tentu menjamin kesejahteraan. Boleh baca info lanjut tentang ni dalam link Suplemen Undang Kesan Sampingan.

Selain kolagen, kaki ayam juga merupakan sumber yang baik bagi hyaluronic acid, chondroitin sulfate dan beberapa mineral lain. Pernah dengar istilah 'fountain of youth'? Hah, inilah kepentingan sebenar hyaluronic acid di mana ia boleh mengelakkan kesan penuaan. Kolagen dan hyaluronic acid merupakan gabungan terbaik untuk kulit yang anjal dan awet muda kerana kolagen menganjalkan kulit manakala asid hyaluronic pula menyuburkan dan melembabkan kolagen. Produk-produk skincare Korea memang mengutamakan kandungan hyaluronic acid dalam produk dorang. Sebab tu, kalau tengok kulit orang Korea memang halus-mulus dan nampak awet muda. Chondroitin sulfate pula bagus untuk osteoarthritis. Maksudnya, bagus untuk orang yang ada sakit-sakit sendi. Alamak! Jadi panjang pula penerangan ni. Kita ringkaskan lah. Nanti bosan pula.



Khasiat Chicken Feet Broth/Stock

  • Menyembuhkan usus. Sesuai untuk orang yang ada masalah alergik dan Leaky Gut (Usus bocor) sebab ada kandungan gelatin.
  • Membuatkan kita nampak flawless dan berseri-seri. Bukan bahagian muka saja tapi termasuklah rambut, kulit dan kuku!
  • Memperbaiki kesihatan sendi-sendi.
  • Menguatkan sistem imun.
  • Mencegah inflamasi atau keradangan.
  • Anti penuaan (semua orang suka nampak muda)
  • Memperbaiki masalah tidur.
Ok, diharap ringkasan tadi mudah difahami. Seterusnya, resepi chicken feet stock (cara saya). Sebenarnya, bahan asas stock cuma kaki ayam dan weak acid. Yang lain tu optional.

Chicken Feet Stock

Bahan-bahan:

Kaki ayam
Bawang besar
Bawang putih
Halia
Lobak
Tomato
Singo pear
Saderi

Cara-caranya:
1. Cuci kaki ayam dengan menggunakan tepung untuk menghilangkan bau hanyir. Selepas dibersihkan, toskan air.



2. Sediakan bahan-bahan lain.



3. Ni optional sahaja ya. Saya guna kain bunjut ni supaya lebih senang mau asing kaki ayam nanti.



4. Masukkan semua bahan ke dalam  pressure cooker. Saya guna jenama Philips sebab senang. Cuma tekan-tekan button saja. Kemudian, masukkan air. Bagi ngam-ngam tenggelam bahan-bahan tu. Kalau air terlampau banyak, nanti stok tu kurang rasanya.



5. Lepas siap, asingkan dan angkat bunjut kaki ayam tadi. Bahan yang tinggal termasuk air, masukkan ke dalam blender dan kisar.



6. Tadaa... Inilah hasilnya. Rasa sedap dan manis-manis gitu.



7. Tunggu betul-betul sejuk dulu baru boleh masukkan ke dalam bekas-bekas kecil untuk dibekukan. Oya, sebelum tu pastikan simpan stok tersebut di bahagian chiller kemudian baru boleh simpan di tempat sejuk beku.

8. Step terakhir, keluarkan kaki ayam dari bunjut dan ibu-ibu bolehlah meratah dengan penuh gembira. Letak kicap, makan dengan nasi panas-panas, memang menjadi! Atau bagi ibu yang terlebih rajin, boleh saja masak balik kaki ayam tu. Idea: Kaki ayam kicap masak halia

Nota tambahan:
* Untuk resepi stok ni, saya tidak letak rempah 4 sekawan. Kalau suka, silakan letak. Boleh juga ganti dengan sup bunjut. Tapi untuk elakkan bau rempah terlalu kuat, elakkan masukkan rempah 4 sekawan dengan sup bunjut sekali.

Ok... Adios. 


Thursday, November 14, 2019

Broth Vs Stock

Memandangkan stok CBS (Chicken Bone Stock) dan CBB (Chicken Bone Broth) si baby mau habis sudah, mummy pun paksa-paksa diri untuk memasak CFS (Chicken Feet Stock). Untuk yang belum tahu perbezaan antara Stock dan Broth, teruskan pembacaan anda ya. Sebab kadang-kadang ada yang confuse tentang istilah Stock Vs Broth. Sumber info  di bawah ni saya cedok dari FB Nabilah Zaki.




Faham ka tidak? Ok, sambung lagi baca.
Broth ni lebih kurang sama dengan sup. Sudah siap masak, kita boleh makan macam tu saja dan kita letak perisa. Ala, macam kita order sup bah. Sup tu kan mesti mau letak perisa dulu macam garam/gula/cuka/serbuk lada putih supaya rasa lebih sedap ikut tekak masing-masing la kan. Oya, untuk Broth kita guna bahagian daging dan tulang ayam/lembu/ikan. Masa penyediaan pun tidak lama, sekejap saja tidaklah sampai 5-6 jam. Memang betul-betul macam masak sup. 
Stock pula kita cuma guna bahagian tulang sahaja, tidak di'season' dan biasanya jadi 'base' pada masakan. Penyediaan stock mengambil masa yang lama iaitu di antara 1- 10 jam. Stock ada 2 jenis iaitu brown stock dan white stock. Brown stock adalah stock yang diperbuat menggunakan tulang lembu/kerbau/anak lembu. Untuk stock jenis ni, WAJIB letak tomato. Ada penegasan di situ ya. Jangan lupa dan jangan pura-pura skip. Kedua, white/clear stock. Clear stock ni dibuat dengan menggunakan tulang ayam, ikan atau sayur sayuran sahaja. Biasanya dalam clear stock, kita tidak perlu tambah tomato supaya warna stok tidak berubah. Tapi kalau tujuan kita mau bagi perasa dalam makanan anak-anak, tidak ada masalah pun kalau mau letak tomato. Stock sebenarnya sudah kaya dengan rasa. Lagipun tujuan buat stock adalah sebagai perasa semulajadi pada makanan, jadi tidak perlulah tambah perasa seperti garam. Lidah baby-baby kan sensitif. Kita rasa tawar, tapi bagi dorang sebaliknya. 
Ada beberapa peraturan kalau mau buat stock ya kawan-kawan. Jangan main bedal saja. Kalau tidak, semua nutrisi dan rasa daripada stock tu nanti akan rosak. Nanti susah-susah saja masak ka diolo
Peraturan untuk buat stock:
1. Mulakan dengan air sejuk. Pastikan semua bahan-bahan kecuali citrus (lemon juice/cuka/asam) dimasukkan dalam air sejuk bukan air mendidih.
2. Bahan yang digunakan hanya yang asas sahaja bah. Tidak perlulah letak semua jenis sayur. Big NO ya kalau brokoli. Sebab akan menyebabkan stock tu rasa pahit sebab masak lama kan. Cukuplah sekadar bawang besar, celery, lobak, cengkih, bunga lawang dan tulang temulang. Kalau mau letak bay leaf, thyme, rosemary atau apa sahaja english herbs pun boleh saja. Jangan pula kita letak daun kunyit atau daun kesum. Hehe. Tapi kalau kita mau buat vegetable stock, boleh letak tambahan sayur lain. Selalunya orang letak mushroom, sebab mushroom ada perisa umami semulajadi. Kentang pula tidak digalakkan dalam stock sebab akan membuatkan stock jadi pekat dan cepat rosak.
3. Guna api perlahan. Jangan besarkan api LANGSUNG. Jangan biarkan stock anda mendidih. Cukup sekadar ianya dalam keadaan 'simmering' (keluar buih-buih kecil di permukaan air). Tujuan? Memandangkan kita guna tulang, dalam tulang kan ada darah-darah dan ada juga serpihan tulang kecil-kecil. Kita tidak mau stock kita jadi kotor (nampak keruh) dengan kotoran itu (Macam pelik saja ayat). Lagipun kita mau maksimumkan pengeluaran pati rasa dan ekstrak kolagen dari tulang-tulang tu. 
4. Selalu cedok/kaut 'sampah' (minyak, lemak, kotoran dari tulang) yang terapung di permukaan stock semasa proses memasak berlangsung. Dalam kulinari, penggunaan istilah yang betul adalah 'skim the scum'. Jadi, bila kita simpan stock dalam freezer, tiadalah lapisan lemak di permukaan stock tu. Semakin bersih dan jernih stock kita, semakin lama jangka hayatnya. Kalau banyak 'sampah' dan lapisan lemak, maka cepatlah juga rosaknya.
5. Unsur asid dalam stock ni optional sebenarnya. Mahu atau tidak saja. Maksudnya, mau letak atau tidak mau letak pun ok saja bah. Kalau mau letak juga, letaklah unsur low acid (lemon juice, cuka, asam keping, asam jawa) setelah stock kita tu simmer. Simmer maksudnya mendidih secara perlahan-lahan. Dalam erti kata lain, masa simmering tu kan keluar buih-buih kecil. Masa tu la baru kita masukkan unsur asid ni. Tapi seeloknya sudah dekat mau masak baru kita letak sebab sifat asid kan. Bila dimasak terlalu lama akan berubah unsur. 
6. Masa penyediaan juga berlainan ikut jenis-jenis tulang ya. Lain tulang, lain masanya dan lain juga rasanya. Hehe.
Lembu: 6 - 10 jam
Ayam: 4 - 6 jam
Ikan: 1- 1 1/2 jam
*Sayur: 30 - 45 minit
7. Cara penyimpanan stock ni kalau betul, boleh tahan sampai 3-6 bulan. Yang penting cara kita handle stock tersebut. Apa-apa sahaja jenis makanan pun kalau betul cara handle dan bersih, memang akan tahan lama.
Demikian lah info untuk hari ini. Sudah faham beza Stock dan Broth, entri seterusnya adalah Resepi Chicken Feet Stock untuk baby saya.

Wednesday, November 13, 2019

Buku Planner 2020

Macam setiap hari pula saya tulis blog ni tau. Saja mau asah balik bakat meluah, bakat menulis dan bakat membawang? Hehe. Tidak bah. Menulis blog sebenarnya adalah salah satu terapi untuk orang macam saya. Sudahlah saya ni jenis yang 'bad with words', memang kesian la orang yang terbaca blog ni sebab gaya penulisan yang membosankan. Saya, orang yang suka nombor dan angka. Di antara mengira dan mengarang, mestilah saya lebih memilih benda yang melibatkan nombor. Antara sudoku dan wordsearch, of course la saya pilih sudoku. Oya, cerita pasal sudoku dan wordsearch, semalam saya baru membeli buku planner 2020 di Shopee. Nama planner ni Ana Planner 2020. Terdapat dalam pelbagai design cover yang menarik. Sebenarnya ada banyak lagi planner-planner lain yang comel-comel tapi contents tidak menepati citarasa di hati. Salah satu kriteria yang dititik berat adalah games dan of course la jenis free gifts yang diberi.


Planner + free gifts


Saya pilih design cover Dream sebab akhir-akhir ni suka pink pula. Calendar tu option lain lagi.

Ok, berikut adalah details tentang planner ni:

Planner Ana mengandungi 200 mukasurat yang akan membantu anda menguruskan kerja dan mengatur kehidupan seharian anda dengan baik.
Antara content-content menarik yang terdapat di dalam PlannerAna :
> Public Holiday for Malaysia, Brunei, Singapore, Indonesia
> Timetable
> Menstrual Cycle Tracker
> 2020 Planning Chart
> Business Plan
> Year At A Glance
> Looking Back At 2019
> Looking Foward At 2020
> Important Event / Party
> Monthly Planner
- January-December
- Daily Plan
- Monthly Expenses
> Notes & Sketches
> Games 
> My Website & Social Media
> Body & Weight Measurement
> Detox Water Challenge
> Guide To Clean Eating
> My Weekly Routine Menu
> 30 Days Walk Run Schedule
> 30 Days Workout Challenge
> Monthly Payment / Bill
> Saving Challenge
> Kindness Challenge
> Dream Vacation & Packaging List

* PlannerAna sangat unik kerana design yang catchy dan colorful, sesuai untuk pelbagai generasi, content yang universal, sesuai untuk semua.
* Saiz PlannerAna yang sederhana, mudah untuk dibawa kemana-mana di dalam bag kegemaran anda
* User-friendly layout, yang mana dapat membantu anda untuk stay on track pada target tahunan atau bulanan anda.

Hah, pasal games dia ada Sudoku, maka dengan itu planner ni jadi pilihan hati. Semoga kehadiran Planner 2020 ni melancarkan lagi urusan saya tahun depan. 

Sambal Lada Kering... Just Because It's Wednesday

Hari ini hari Rabu. Hari yang bermakna kerana saya akan teringat memori silam ketika masih budak hingusan dan berada di sekolah rendah. Ada saturang cikgu saya ni pernah cakap bahawa hari Ahad (Sunday) adalah hari menyembah matahari. Hari Rabu (Wednesday) pula hari untuk berkahwin sebab dari perkataan (Wed)nesday tu sendiri. Tidak taula kenapa zaman-zaman saya tu, kebanyakan orang di tempat saya memang kahwin hari Rabu. Mungkin kebetulan mangkali. Sekarang tidak sudahla. Orang lebih memilih untuk kahwin pada hujung minggu sebab cuti lagipun kebanyakan orang sekarang bukan lagi kerja kampung-kampung. Menurut si cikgu, Hari Sabtu (Saturday) pula hari Sabbath, so sepatutnya pergi sembahyang (Gereja) pada hari tersebut. Bah, sudah namanya budak-budak kan. Jadi, saya ni percaya saja la apa yang cikgu cakap tu. Tapi bila sudah besar dan boleh berfikir sendiri, saya anggap saja si cikgu bergurau. Tapi seriously, benda ni melekat dalam otak saya sampai sekarang. Haha. Maka dengan cerita yang tiada kaitan ni, saya mau share resepi sambal lada kering. Semalam saya masak ni sambal. Adik bilang sedap. Betul la mangkali. Sebab bila dia mau makan, mesti ambil ni sambal. Saya pun ada sedikit bangga di situ. Sebab itula saya dengan tidak malunya penuh rasa confident saja mau up ni resepi. Siou, mokirayou pula.

*Ini tips saya selepas beberapa kali bereksperimen membuat sambal:

1. Jenis cili kering - kalau licin berkilat dan bentuk panjang-panjang maksudnya memang cili tu pedas. Kalau bentuk cili tu gemuk pendek, tahap kepedasan dia biasa-biasa saja. Paling low power, paling sesuai kalau mau buat sambal untuk budak-budak. Kalau 'kurudot' atau kerinting tahap kepedasan sederhana. Jadi terpulang la mau pilih yang mana satu sama ada mau kepedasan level 'terangkat' atau 'terduduk'.

2. Letak gula melaka semasa menumis sambal untuk rasa lemak-lemak.

3. Blender bahan-bahan dengan menggunakan minyak.

4. Minyak mesti mau banyak untuk memudahkan urusan tumis-menumis. Sambal saya ni memang tidak tambah air supaya tahan lama.

5. Letak gula semasa menumis supaya warna sambal cantik.

6. Sambal yang sedap mesti mencukupi rasa manis, masin dan masamnya. (Ini pandai-pandailah adjust gula/garam/asam jawa). Kalau ikut citarasa saya, semestinya sambal yang rasa manis tu yang paling sedap.

Sambal Lada Kering

Bahan-bahan:

Cili kering
Bawang besar
Bawang holland
Halia - 1½ inci
Gula melaka
Pes asam jawa
Gula
Garam
Minyak

Cara-caranya:

1. Potong cili kering dan buang bijinya. Rendam seketika dalam air supaya biji-biji cili mendap ke dasar. (Eh macam pelik pula ni ayat). Seterusnya, toskan air untuk membuang biji-biji cili.
2. Didihkan cili-cili tersebut sampai lembut dan toskan.
3. Masukkan sedikit minyak ke dalam blender dan masukkan bahan-bahan seperti bawang besar, bawang holland, halia dan cili kering yang sudah ditoskan tadi. Lepas tu, baru kasi masuk balik minyak ikut kesesuaian (agak-agak dapat memblender dengan lancar). Kalau saya letak agak banyak minyak juga tapi tidaklah sampai tenggelam semua.
4. Blender la bahan-bahan tadi dengan penuh kasih sayang.
5. Kemudian, panaskan kuali dan masukkan terus bahan-bahan yang diblender tadi ke dalam kuali.
6. Tumis sampai terbit minyak. (Masa menumis, mesti mau campin kawal api ya kawan-kawan)
7. Masukkan sedikit pes asam jawa. Teruskan menumis.
8. Seterusnya, parut gula melaka, tumis lagi dan masukkan gula.
9. Agak-agak warna sambal sudah cantik, baru masukkan garam. Pandai-pandailah adjust dia punya rasa sebelum tutup api.
10. Hidangkan dengan nasi panas-panas. Confirm nasi bertambah-tambah.

Optional:
*Untuk rasa sambal yang lebih mewah, boleh juga letak ikan bilis/udang kering.
Cara-caranya, goreng dulu ikan bilis lepas tu blender. Boleh campur terus dalam sambal masa menumis nanti. Seriously, memang sedap. Kalau tidak mau blender pun ok. Makan sama-sama sambal saja masa mau makan nanti.
*Yang ada masalah gout, jangan sekali-kali letak bilis ya. Sebab ikan bilis very high purine. Nanti GDL (Gout datang lagi) pula. Melainkan anda sudah lupa dan merindui sakit kena gout. Hehe.

Proses mendidihkan cili-cili

Sambal cili kering yang sudah siap ditumis

Petai

Ikan bilis garing

Makan dengan nasi panas-panas. Walaupun simple, terpaksa juga menambah nasi dan sambal lagi. Rosak diet I.



Monday, November 11, 2019

Kuih Keria Labu Manis

Ini kisah petang kelmarin. Tiba-tiba teringin betul mau makan kuih keria labu. Ini semua gara-gara termakan kuih keria labu dari saturang ustazah di tempat kerja. Dia ni, kalau buat kuih memang ummpphh. Sampaikan saya yang pemalas buat kuih ni pun tiba-tiba ada kudrat pula mau buat kuih. Baiklah, resepi ada di bawah. Ni resepi boleh diolah ikut citarasa masing-masing ya.

Bahan-bahan 

  • 1 kg labu - isi banyak lebih ummmpphh
  • 2 cawan tepung gandum
  • Sedikit garam
  • 1/2 cawan gula merah (serbuk)
  • Sedikit air
  • Minyak masak utk menggoreng

Cara - caranya
  1. Potong-potong labu kepada beberapa bahagian dan buang kulitnya. Saya potong lagi kepada beberapa bahagian kecil supaya jimat ruang dalam periuk dan cuci bersih-bersih. Lepas tu, rebus hingga empuk.
  2. Lepas rebus, toskan airnya dan taburkan sedikit garam. Ini untuk menambah rasa lemak labu tu. Kalau tidak letak pun tidak apa juga.
  3. Lenyek sampai betul-betul hancur sementara labu masih panas.
  4. Biarkan hingga labu betul-betul sejuk, kalau tidak nanti  kalau kasi masuk tepung, tepung tu pandai berketul-ketul.
  5. Langkah seterusnya, masukkan tepung gandum dan uli hingga rata. Nanti pandai melekat-lekat tu tepung di tangan. Tips, sapu sedikit minyak di tapak tangan setiap kali semasa menguli doh.
  6. Buat bentuk bulat & seperti gelang. Ala, macam mau buat donut tu bah. Tapi buat dalam saiz kecil. Sudah namanya kuih keria bukan kuih donut. goreng, jaga api jgn terlalu kuat.
  7. Sudah siap semua kasi bentuk gelang, langkah seterusnya ialah goreng. Goreng macam biasa tapi kena jaga api la ya. Jangan terlalu kuat.
  8. Lepas tu dalam periuk lain, didihkan gula merah hingga pekat dan kacau rata, setelah agak likat masukkan kuih yg telah digoreng tadi dan gaul rata serta pantas. Kalau lambat-lambat nanti pandai hitam tu kuih.

Labu yang sudah dilenyek-lenyek. Tinggal tunggu sejuk saja.

Lepas digoreng

Ini langkah terakhir

Tadaaa... Inilah hasilnya. Presentation failed sikit tapi adik bilang sedap.


Sunday, November 10, 2019

Monday blues

Hari ni memang Monday blues betul-betul... Hohoho. Sudahlah semalam tidur awal, lambat lagi kasi sedia barang-barang untuk pigi sekolah. Nasib jugalah bangun awal sebelum alarm bunyi (Tidak pernah-pernah begini). Atau adakah ini yang dipanggil sebagai Biological Clock? Ngam-ngam baby pun bangun juga. Nasib dia tidur balik lepas mengempeng sekejap. Senanglah juga tukar pampers dia lepas tu. Lepas tu, saya cepat-cepat iron baju sekolah anak dan baju kerja saya sendiri. Then, masak bubur untuk baby dan mandi. Menu bubur baby hari ni dari beras frozen+chicken bone broth frozen+kurma. Harap-harap dia makan dengan berselera. Saya skip la pasal kasi ready-ready tu anak sulung. Sebab boleh dikatakan setiap kali pigi sekolah pun, begitu juga. Ada drama dan kena ugut mau kasi tinggal, tidak payah sekolah dulu baru mau mandi dan cepat-cepat. Sampai sekolah, sarapan dulu di kantin. Lepas tu baru gerak pigi tadika si anak. Sementara tunggu guru si Jordan, sempat lagi saya cerita-cerita dengan saturang uncle ni. Ingatkan si uncle hantar cucu dia pigi sekolah. Rupa-rupanya itu anak dia. Sorry uncle. Anak dia ni memang tidak mau masuk kelas kalau guru kelas dia belum masuk, jadi biasanya memang si uncle dan anaknya menunggu di luar kelas. Memang peramah ni uncle. Tapi rupanya dia ada kisah sedih. Kesian. Saya secara tidak sengaja tanya si uncle, itu anak bongsu dia kah? Si uncle tidak pula mengiyakan atau menidakkan. Dia terus cakap yang itu anak dia dengan bini nombor 2. Bini pertama sudah lama cerai sebab bapa mertua tidak suka. Guna ilmu hitam. Asal mengandung, dalam 1 bulan atau 2 bulan mesti gugur. Rupa-rupanya angkara bapa mertua sendiri. Kesian si uncle. Jadi lepas kahwin selama 5 tahun tu, dorang pun bercerai. Iyala, memang susah juga kan kalau ada ahli keluarga yang begitu. Kalau setakat tidak suka, mungkin boleh diselamatkan lagi, ini sampai guna ilmu hitam untuk kasi pisah. Tapi, tidakkah si bapa mertua tu fikir kesan dia sama anak dia sendiri? Sebab si uncle bilang, lepas dorang cerai tu, masing-masing kahwin lain. Bekas bini dia pun, kahwin then cerai juga lepas tu sebab tidak dapat mengandung sudah. Rosak sudah peranakan sebab balik-balik keguguran kan sebelum tu. Bila dengar cerita si uncle, memang kesian betul. Semoga si bapa mertua sempat bertaubat la sebelum kembali kepada Tuhan. Semoga, keluarga saya juga dijauhkan daripada benda-benda macam ni. Oklah, untuk kali ni sampai sini saja. Hari ini 11.11 so mau tengok-tengok di Shopee dulu. Panjang pula karangan hari ni. Ok, chowww.

Saturday, November 9, 2019

Makan lewat malam: Mi segera, tumisan jantung pisang dan teh halia


Selamat malam...
Ini adalah pertama kali saya berblog dan untuk itu, saya mahu kongsikan makanan yang dimakan pada malam ini...
Makan mi segera dan tumis jantung pisang sahaja...Odoi dogo..Penat mau olah ayat-ayat skema dan formal. Mi segera tu saya letak sayur kangkung, jadi nampaklah special sikit. Rasa boleh tahan juga sebab letak sambal cili dan perah dengan limau kasturi. Lagipun mi segera tu memang bukan jenis yang pedas punya.

Mi segera dan jantung pisang

Mi segera tu habis juga dimakan tapi tumisan jantung pisang tinggal separuh sebab terlampau kenyang sudah. Walaupun macam tiada ruang sudah, tapi teringin mau minum teh halia. Akhirnya, gagahkan diri juga pigi dapur hiris-hiris halia. Hahaha. Ini kalilah.

 Bolehlah kampung-kampung

Maka, tamatla cerita tentang makan malamku yang tersangat lewat. Jam 23:17 sudah. Ok lain kali lagi cerita. Bye