Bahan-bahan
- 1 kg labu - isi banyak lebih ummmpphh
- 2 cawan tepung gandum
- Sedikit garam
- 1/2 cawan gula merah (serbuk)
- Sedikit air
- Minyak masak utk menggoreng
Cara - caranya
- Potong-potong labu kepada beberapa bahagian dan buang kulitnya. Saya potong lagi kepada beberapa bahagian kecil supaya jimat ruang dalam periuk dan cuci bersih-bersih. Lepas tu, rebus hingga empuk.
- Lepas rebus, toskan airnya dan taburkan sedikit garam. Ini untuk menambah rasa lemak labu tu. Kalau tidak letak pun tidak apa juga.
- Lenyek sampai betul-betul hancur sementara labu masih panas.
- Biarkan hingga labu betul-betul sejuk, kalau tidak nanti kalau kasi masuk tepung, tepung tu pandai berketul-ketul.
- Langkah seterusnya, masukkan tepung gandum dan uli hingga rata. Nanti pandai melekat-lekat tu tepung di tangan. Tips, sapu sedikit minyak di tapak tangan setiap kali semasa menguli doh.
- Buat bentuk bulat & seperti gelang. Ala, macam mau buat donut tu bah. Tapi buat dalam saiz kecil. Sudah namanya kuih keria bukan kuih donut. goreng, jaga api jgn terlalu kuat.
- Sudah siap semua kasi bentuk gelang, langkah seterusnya ialah goreng. Goreng macam biasa tapi kena jaga api la ya. Jangan terlalu kuat.
- Lepas tu dalam periuk lain, didihkan gula merah hingga pekat dan kacau rata, setelah agak likat masukkan kuih yg telah digoreng tadi dan gaul rata serta pantas. Kalau lambat-lambat nanti pandai hitam tu kuih.
Labu yang sudah dilenyek-lenyek. Tinggal tunggu sejuk saja.
Lepas digoreng
Ini langkah terakhir
Tadaaa... Inilah hasilnya. Presentation failed sikit tapi adik bilang sedap.




Best of all, you 우리카지노 possibly can play the games and gather your winnings from residence
ReplyDelete