Friday, November 15, 2019

Chicken Feet Stock (CFS) / Stok Kaki Ayam

Cara penyediaan stok kaki ayam sebenarnya sangat mudah. Lagipun bahan-bahan yang digunakan adalah bahan asas dan mudah didapati. Memang rugi kalau tidak cuba. Chicken feet broth/stock merupakan 'super food' kata orang puteh. Maksudnya, makanan yang sangat tinggi kandungan nutrisinya. Baik, sebelum berkongsi resepi, saya mulakan dulu dengan berkongsi kebaikan/khasiat chicken feet. Kaki ayam tinggi dengan kandungan kalsium. Penyelidikan yang dilakukan oleh Department of Animal Science of National Chung-Hsing University di Taiwan menunjukkan bahawa kaki ayam mengandungi banyak kolagen. Kita perempuan gorgeous memang sedia maklum bahawa kolagen ni merupakan komponen penting untuk kulit yang kelihatan awet muda. Sudahlah memang kebanyakan suplemen kolagen mahal. Jadi, kenapa perlu bayar lebih jika ada alternatif lain yang lebih murah? Real food is the best. Lagipun, pengambilan suplemen belum tentu menjamin kesejahteraan. Boleh baca info lanjut tentang ni dalam link Suplemen Undang Kesan Sampingan.

Selain kolagen, kaki ayam juga merupakan sumber yang baik bagi hyaluronic acid, chondroitin sulfate dan beberapa mineral lain. Pernah dengar istilah 'fountain of youth'? Hah, inilah kepentingan sebenar hyaluronic acid di mana ia boleh mengelakkan kesan penuaan. Kolagen dan hyaluronic acid merupakan gabungan terbaik untuk kulit yang anjal dan awet muda kerana kolagen menganjalkan kulit manakala asid hyaluronic pula menyuburkan dan melembabkan kolagen. Produk-produk skincare Korea memang mengutamakan kandungan hyaluronic acid dalam produk dorang. Sebab tu, kalau tengok kulit orang Korea memang halus-mulus dan nampak awet muda. Chondroitin sulfate pula bagus untuk osteoarthritis. Maksudnya, bagus untuk orang yang ada sakit-sakit sendi. Alamak! Jadi panjang pula penerangan ni. Kita ringkaskan lah. Nanti bosan pula.



Khasiat Chicken Feet Broth/Stock

  • Menyembuhkan usus. Sesuai untuk orang yang ada masalah alergik dan Leaky Gut (Usus bocor) sebab ada kandungan gelatin.
  • Membuatkan kita nampak flawless dan berseri-seri. Bukan bahagian muka saja tapi termasuklah rambut, kulit dan kuku!
  • Memperbaiki kesihatan sendi-sendi.
  • Menguatkan sistem imun.
  • Mencegah inflamasi atau keradangan.
  • Anti penuaan (semua orang suka nampak muda)
  • Memperbaiki masalah tidur.
Ok, diharap ringkasan tadi mudah difahami. Seterusnya, resepi chicken feet stock (cara saya). Sebenarnya, bahan asas stock cuma kaki ayam dan weak acid. Yang lain tu optional.

Chicken Feet Stock

Bahan-bahan:

Kaki ayam
Bawang besar
Bawang putih
Halia
Lobak
Tomato
Singo pear
Saderi

Cara-caranya:
1. Cuci kaki ayam dengan menggunakan tepung untuk menghilangkan bau hanyir. Selepas dibersihkan, toskan air.



2. Sediakan bahan-bahan lain.



3. Ni optional sahaja ya. Saya guna kain bunjut ni supaya lebih senang mau asing kaki ayam nanti.



4. Masukkan semua bahan ke dalam  pressure cooker. Saya guna jenama Philips sebab senang. Cuma tekan-tekan button saja. Kemudian, masukkan air. Bagi ngam-ngam tenggelam bahan-bahan tu. Kalau air terlampau banyak, nanti stok tu kurang rasanya.



5. Lepas siap, asingkan dan angkat bunjut kaki ayam tadi. Bahan yang tinggal termasuk air, masukkan ke dalam blender dan kisar.



6. Tadaa... Inilah hasilnya. Rasa sedap dan manis-manis gitu.



7. Tunggu betul-betul sejuk dulu baru boleh masukkan ke dalam bekas-bekas kecil untuk dibekukan. Oya, sebelum tu pastikan simpan stok tersebut di bahagian chiller kemudian baru boleh simpan di tempat sejuk beku.

8. Step terakhir, keluarkan kaki ayam dari bunjut dan ibu-ibu bolehlah meratah dengan penuh gembira. Letak kicap, makan dengan nasi panas-panas, memang menjadi! Atau bagi ibu yang terlebih rajin, boleh saja masak balik kaki ayam tu. Idea: Kaki ayam kicap masak halia

Nota tambahan:
* Untuk resepi stok ni, saya tidak letak rempah 4 sekawan. Kalau suka, silakan letak. Boleh juga ganti dengan sup bunjut. Tapi untuk elakkan bau rempah terlalu kuat, elakkan masukkan rempah 4 sekawan dengan sup bunjut sekali.

Ok... Adios. 


2 comments: