Biasa berkongsi pasal resepi saja. Hari ni saya mau cerita sedikit tentang event hari ini iaitu Majlis Jamuan Akhir Tahun 2019. Majlis ni sebenarnya merupakan acara wajib untuk sekolah kami. Tahun ni majlis diadakan di Hotel Ming Garden Kota Kinabalu dengan tema Hitam Merah. Tapi saya tidak berapa ikut tema. Saya anggap saja la merah jambu pun termasuk dalam kategori warna merah. Hantam saja. Hehe. Solo-solo saja saya tahun ni, tapi wajib bawa driver la untuk hantar pergi dan balik. Pandai-pandai la dia nanti melepak di mana. Bertolak dari Sipitang ngam-ngam jam 6.30 pagi. Kesian anak dua orang tu nangis-nangis mau ikut. Si baby pun macam faham saja mummy daddy dia mau jalan. Rasa mau bawa pun ada tapi malas mau atur nanti. Lagipun si Jordan tidak berapa sihat. Sakit perut, lepas makan sikit, muntah. Nanti confirm banyak ragam. Perjalanan dari Sipitang ke Kota Kinabalu sebenarnya tidak juga mengambil masa yang lama. Dalam dua jam sampai la. Tapi ikut juga keadaan trafik. Memandangkan jalan Pan Borneo masih dalam pembinaan, banyaklah lubang sana sini. Banyak sudah kes kemalangan berlaku. Jadi, kena lebih banyak berhati-hati. Mana boleh rempit-rempit macam dulu. Dalam perjalanan, kami singgah dulu di Restoran Liang Yun Hwa, Papar untuk sarapan. Restoran ni terletak di simpang jalan dekat lampu trafik. Plan asal konon mau order mee kolok sarawak tapi uncle yang jual tu tiada pula hari ni. Terpaksa ikut macam yang laki order. Laki memang peminat Kolomen. Walaupun harga agak mahal dalam RM8.00, tapi tidak menyesal juga sebab rasanya sedap. Memang puas hati makan.
Dengan driver aka mr laki
Lepas sarapan, sambung perjalanan. Dalam jam 9.20 pagi sampai sudah di Hotel Ming Garden. Syukur betul sebab jalan tidak sibuk. Sampai-sampai, terus register di meja pendaftaran. Ada door gift yo. Ingatkan saya termasuk dalam kategori datang lewat. Rupa-rupanya antara yang terawal sebab masih banyak meja yang kosong. Selepas duduk tu, baru nampak tetamu datang satu persatu. Oopss! Salah meja pula. Terpaksa pindah meja yang sepatutnya. Haha. Bukan salah saya ya. Pengarah yang tunjukkan meja tu. Kebetulan pula, meja belum lagi kena letak nombor.
Menu lunch
Suasana di dalam ballroom (time ni duduk di meja no. 12)
Doorgift (I love it)
Ini di meja yang betul sudah (meja no. 9)
Tadaaa... Bergambar solo dulu
Akhirnya, datang juga kawan-kawan untuk bergambar. See, baju saya tidak berapa ikut tema. Tapi bukan saya saturang.
Terima kasih kak... Marcella vs Precylla
Dapat cabutan bertuah Tupperware sumbangan Kak Precylla. Mummy sangat suka.
Sempat keluar ke lobi sekejap berjumpa dengan Mr Wilson untuk penyerahan buku polisi.
Acara tamat kira-kira jam 1.30 ptg dan lebih awal daripada jangkaan. Maka dengan itu, tanpa membuang masa, kami terus balik ke Sipitang tanpa singgah di mana-mana. Pendek kata, majlis jamuan akhir tahun ni berjalan dengan lancar dan saya puas hati. Makan puas hati (Ekor masak asam pedas tu sedap!), hadiah pun grand-grand. Untung Pn Adorabelle sebab dapat hadiah utama iaitu TV!
Oh, by the way, baju yang saya pakai tu namanya Kurung Kedah Kimono dan skirt pario.